Apa Itu Perniagaan Internet
Apa itu perniagaan internet? Perniagaan Internet adalah
satu perniagaan yang menggunakan internet sebagai platform utama anda. Pada era kini,
ramai yang menjadikan perniagaan internet sebagai sumber pendapatan utama dan
sampingan. Memandangkan internet adalah satu platform yang
cepat, mudah digunakan, dan juga murah dari segi perbelanjaan untuk
menjalankan satu perniagaan, ini menjadikan perniagaan internet sesuatu yang
sangat murah, mudah dan menarik.
Internet adalah satu medium
yang cepat, mudah diakses, dan juga murah dari segi perbelanjaan untuk
menjalankan satu perniagaan, ini memjadikan perniagaan internet sesuatu yang
sangat menarik oleh kerana risikonya yang teramat kecil berbanding jika
seseorang itu membuka perniagaan traditional.
Perniagaan internet, kerana
sifatnya yang interaktif, dari segi memberi dan menerima respon dengan cepat
dan merupakan satu ciri yang unik. Contoh-contoh produk yang boleh anda
pasarkan dan jual melalui internet ialah :
- Produk Digital
- Produk Fizikal
- Perkhidmatan dan banyak lagi
1. Produk digital
Produk digital ni lebih
menjurus kepada produk-produk informasi tentang sesuatu perkara seperti koleksi
resepi, panduan
membuat duit di internet, panduan buat website dan bermacam-macam lagi panduan.Tak
semestinya produk informasi ini berkisar tentang tajuk buat duit saja.
Panduan-panduan lain juga boleh di jual di internet.
Selalunya informasi-informasi
tersebut di buat dalam bentuk ebook (buku digital) ataupun dalam bentuk video.
Ianya hanya perlu di download saja di internet setelah anda membuat pembelian.
Tak perlu pos. Memang produk digital paling menjimatkan kos, hanya perlu
keluarkan modal sekali sahaja untuk menghasilkan produk, selebihnya anda hanya
perlu buat marketing, marketing dan marketing.
Untuk menghasilkan produk
digital ni anda kena la kreatif dan ada idea yang menarik, kena selalu buat
brainstroming la. Kesimpulannya, produk digital ni, anda buat sekali untung
berkali-kali.
2. Produk fizikal
Produk fizikal ialah produk
yang boleh disentuh dan ada bentuk fizikalnya tersendiri. Contohnya produk
fizikal ni seperti jam, tudung, kain batik, ubat, baju, gelang, kraftangan,
makanan dan bermacam-macam lagi. Kebanyakkan produk fizikal ni sesuai untuk di
jual di internet kerana ianya mudah untuk diposkan. Pilih produk yang saiznya
yang munasabah yang tidak terlalu besar sangat nanti susah untuk proses
penghantaran. Lebih kecil saiz lebih bagus.
Ada orang kata susah untuk jual
barang fizikal ni sebab nak kena pegang, sentuh, rasa dan macam-macam lagi.
Tetapi jika kita lihat ada juga orang yang membeli secara online, benda
tersebut bergantung kepada individu mungkin. Banyak juga orang kita ni dah
berjaya membina perniagaan mereka dengan barang fizikal ni ada yang secara
sambilan dan ada juga yang buat sepenuh masa. Anda tak perlu jual kat pasaran
luar pun, jual kat pasaran Malaysia pun dah cukup boleh buat duit, kalau boleh
tembus pasaran luar negara lebih bagus.
3. Perkhidmatan
Selain daripada produk fizikal
dan produk digital anda juga boleh iklankan perkhidmatan anda di internet. Apa sahaja perkhidmatan boleh
di jual di internet. Perkhidmatan buat website, design theme, penulisan,
bengkel atau seminar antara contoh yang boleh saya senaraikan di sini. Pilih
bidang yang anda mahir dan buat servis tersebut.
Secara kesimpulannya perniagaan internet bukanlah sesuatu yang
mudah, buat hari ni esok dapat untung. Anda kena banyak belajar dan sanggup
melabur untuk mendapatkan ilmu dan banyak memberi tumpuan serta memerlukan masa
yang banyak untuk mengkaji. Ada orang kata perniagaan internet ni hanya buat website lepas tu
goyang kaki kemudian duit masuk. Jika terlalu mudah macam tu, dah banyak orang
kat Malaysia ni dah kaya raya dan berhenti kerja.
Tetapi kita kena akui hakikat bahawa
untuk dapat RM 1 yang pertama atau jualan pertama
melalui internet perlukan banyak masa dan pengorbanan bukan goyang
kaki dapat duit. Belajarlah daripada usahawan-usahawan internet dan yang paling
penting jangan berputus asa walaupun berapa kali anda gagal. Orang yang berjaya
mencapai kejayaan tentu dia belajar daripada sesuatu samada daripada kegagalan
diri sendiri atau daripada kegagalan orang lain.
0 comments:
Post a Comment