Biz ON9

BUSSINES ONLINE

PERNIAGAAN INTERNET (BISNES ONLINE)


Apa itu perniagaan internet? Perniagaan Internet adalah satu perniagaan yang menggunakan internet sebagai platform utama anda. Pada era kini, ramai yang menjadikan perniagaan internet sebagai sumber pendapatan utama dan sampingan. Memandangkan internet adalah satu platform yang cepat, mudah digunakan, dan juga murah dari segi perbelanjaan untuk menjalankan satu perniagaan, ini menjadikan perniagaan internet sesuatu yang sangat murah, mudah dan menarik.

Internet adalah satu medium yang cepat, mudah diakses, dan juga murah dari segi perbelanjaan untuk menjalankan satu perniagaan, ini memjadikan perniagaan internet sesuatu yang sangat menarik oleh kerana risikonya yang teramat kecil berbanding jika seseorang itu membuka perniagaan traditional.
Perniagaan internet, kerana sifatnya yang interaktif, dari segi memberi dan menerima respon dengan cepat dan  merupakan satu ciri yang unik. Contoh-contoh produk yang boleh anda pasarkan dan jual melalui internet ialah : 
  • Produk Digital
  • Produk Fizikal
  • Perkhidmatan dan banyak lagi
1. Produk digital
Produk digital ni lebih menjurus kepada produk-produk informasi tentang sesuatu perkara seperti koleksi resepi, panduan membuat duit di internet, panduan buat website dan bermacam-macam lagi panduan.Tak semestinya produk informasi ini berkisar tentang tajuk buat duit saja. Panduan-panduan lain juga boleh di jual di internet.
Selalunya informasi-informasi tersebut di buat dalam bentuk ebook (buku digital) ataupun dalam bentuk video. Ianya hanya perlu di download saja di internet setelah anda membuat pembelian. Tak perlu pos. Memang produk digital paling menjimatkan kos, hanya perlu keluarkan modal sekali sahaja untuk menghasilkan produk, selebihnya anda hanya perlu buat marketing, marketing dan marketing.
Untuk menghasilkan produk digital ni anda kena la kreatif dan ada idea yang menarik, kena selalu buat brainstroming la. Kesimpulannya, produk digital ni, anda buat sekali untung berkali-kali.
2. Produk fizikal
Produk fizikal ialah produk yang boleh disentuh dan ada bentuk fizikalnya tersendiri. Contohnya produk fizikal ni seperti jam, tudung, kain batik, ubat, baju, gelang, kraftangan, makanan dan bermacam-macam lagi. Kebanyakkan produk fizikal ni sesuai untuk di jual di internet kerana ianya mudah untuk diposkan. Pilih produk yang saiznya yang munasabah yang tidak terlalu besar sangat nanti susah untuk proses penghantaran. Lebih kecil saiz lebih bagus.
Ada orang kata susah untuk jual barang fizikal ni sebab nak kena pegang, sentuh, rasa dan macam-macam lagi. Tetapi jika kita lihat ada juga orang yang membeli secara online, benda tersebut bergantung kepada individu mungkin. Banyak juga orang kita ni dah berjaya membina perniagaan mereka dengan barang fizikal ni ada yang secara sambilan dan ada juga yang buat sepenuh masa. Anda tak perlu jual kat pasaran luar pun, jual kat pasaran Malaysia pun dah cukup boleh buat duit, kalau boleh tembus pasaran luar negara lebih bagus.
3. Perkhidmatan
Selain daripada produk fizikal dan produk digital anda juga boleh iklankan perkhidmatan anda di internet. Apa sahaja perkhidmatan boleh di jual di internet. Perkhidmatan buat website, design theme, penulisan, bengkel atau seminar antara contoh yang boleh saya senaraikan di sini. Pilih bidang yang anda mahir dan buat servis tersebut.
Bisnes perkhidmatan ni sebenarnya bagus juga sebab kita hanya menjual kemahiran kita tak perlu banyak modal untuk dikeluarkan. Contohnya orang yang buat seminar, apa-apa seminar sekalipun, mereka hanya bercakap sahaja, modal air liur sahaja. Cakap pun boleh buat duit. Tetapi kena kuasai bidang tersebut dengan maksimum la, nanti kalau orang tanya banyak senang nak jawab.
Secara kesimpulannya perniagaan internet bukanlah sesuatu yang mudah, buat hari ni esok dapat untung. Anda kena banyak belajar dan sanggup melabur untuk mendapatkan ilmu dan banyak memberi tumpuan serta memerlukan masa yang banyak untuk mengkaji. Ada orang kata perniagaan internet ni hanya buat website lepas tu goyang kaki kemudian duit masuk. Jika terlalu mudah macam tu, dah banyak orang kat  Malaysia ni dah kaya raya dan berhenti kerja.
Tetapi kita kena akui hakikat bahawa untuk dapat RM 1 yang pertama atau jualan pertama melalui internet perlukan banyak masa dan pengorbanan bukan goyang kaki dapat duit. Belajarlah daripada usahawan-usahawan internet dan yang paling penting jangan berputus asa walaupun berapa kali anda gagal. Orang yang berjaya mencapai kejayaan tentu dia belajar daripada sesuatu samada daripada kegagalan diri sendiri atau daripada kegagalan orang lain.
Apa lagi sebab-sebab untuk anda memulakan perniagaan di internet?

  • Anda tentukan masa kerja anda
  • Tiada pekerja untuk dibayar gaji
  • Tiada perlu bayar sewa
  • Perniagaan anda boleh dijalankan hampir 100% secara automatik
  • Boleh bina seberapa banyak perniagaan yang anda mahu
  • Margin keuntungan yang tinggi
dan banyak lagi. Tetapi sebab paling UTAMA mengapa anda digalakkan memulakan perniagaan internet adalah kerana pasarannya yang sangat besar!
READMORE
 

ZOHO.COM

ZOHO.COM



Disini saya ingin berkongsi sedikit ilmu berkenaan tentang ZOHO.COM. pasti ramai lagi pembaca yang belum pernah dengar nama laman web ni atau mungkin tau tapi tidak mengetahui dengan lebih jelas fungsi sebenar Webtop ini... SILA Kan Membaca Harap Membantu ANda.. :)




1.0 Pendahuluan

Zoho adalah penyedia aplikasi secara online. Dalam zoho terdapat pelbagai aplikasi yang boleh kita manfaatkan secara online. Dari sosial network, blog, pembuatan dokumen, presentation dan lain-lain. Dalam kajian ini, aplikasi internet zoho akan dikupas dengan lebih terperinci. Tambahan pula, aplikasi ini juga secara tidak langsung mampu memberikan banyak kebaikan dalam organisasi. Tambahan pula, melalui aplikasi zoho internet ini dapat memberikan faedah kepada setiap pengguna aplikasi.

Aplikasi zoho ini telah dilancarkan pada tahun 2005 dan terdapat tiga contoh aplikasi besar yang disediakan iaitu Collaboration ApplicationsBussines Application, dan Productivity Application. Setiap aplikasi besar ini terdapat pula banyak lagi aplikasi kecil yang lain seperti Zoho Assist, Zoho Books, Zoho CRM (Customer Relationship Managers), Zoho LiveDesk dan banyak lagi. Aplikasi-aplikasi ini telah dibangunkan oleh Zoho Corporation yang sebelum ini dikenali sebagai AdventNet Inc, sebuah syarikat yang berpangkalan di Amerika Syarikat.

Aplikasi zoho ini mempunyai langkah-langkah yang tertentu untuk digunakan. Setiap pengguna sewajarnya mengkaji dengan lebih mendalam aplikasi yang digunakan. Tambahan pula, dasawarsa ini semua sistem internet semakin rancak digunakan dalam kalangan masyarakat.

2.0 Fungsi Aplikasi-aplikasi di Zoho.Com   

2.1 Business Applications

Di bawah business applications ini terdapat tujuh belas aplikasi yang dicipta khas untuk kegunaan di dalam sesebuah perniagaan, dan setiap aplikasi ini amat memudahkan para usahawan dalam menguruskan perniagaan mereka. Antara aplikasi-aplikasinya ialah Zoho Assist, Zoho Books, BugTracker, Zoho Campaign, Zoho Creator, Zoho CRM, Zoho Invoice, Zoho LiveDesk, Marketplace, People, Recruit, Report, Site 24x7, Sites, Zoho Support, Zoho Survey dan Vault. Tetapi disini hanya akan menerangkan sepuluh aplikasi penting dan yang sering digunakan didalam webtop ini.

Zoho Assist digunakan untuk mesyuarat secara online, di mana ia menjadi tempat untuk menyambungkan rangkaian sesame mereka secara online dan menyimpan setiap detail sambungan mereka seperti nama, email dan session ID. Ini akan memudahkan mereka seandainya mereka ingin membuat mesyuarat yang seterusnya dengan hanya memasukkan session ID mereka untuk memulakan mesyuarat. Zoho Books pula menyediakan perkhidmatan untuk perakaunan secara lebih sistematik dimana setiap jualan atau belian secara online akan tercatat secara automatik di dalam Zoho Books ini. Pengguna boleh melihat keluar dan masuk duit mereka melalui aplikasi ini. Bukan itu sahaja aplikasi ini juga akan menyediakan satu buku akaun khas untuk memudahkan pengguna Zoho. BugTracker digunakan khas untuk merekod projek yang akan dijalankan mahupun telah dijalankan. Di dalam bugtracker ini penggunakan akan menyimpan info berkenaan projek tersebut dengan terperinci mengikut bahagian yang telah disediakan. Antara bahagian tersebut seperti nama projek, tarikh mula dan akhir projek, nama syarikat yang terlibat dan lain-lain lagi. Melalui BugTraker ini pengguna boleh melihat semula projek-projek ini sama ada untuk melihat perkembangan projek atau sebagai tempat penyimpanan rekod projek mereka.

Zoho CRM digunakan untuk merapatkan hubungan pemilik akaun zoho ini dengan pelanggan mereka, didalam aplikasi ini pengguna boleh menyimpan secara terperinci pelanggan, pembekal, dan sebagainya. Zoho CRM ini dibahgikan kepada empat bahagian iaitu Leads (info pelanggan), Contacts (info panggilan), Accounts (info akaun) dan Activities (info aktiviti pengguna). Zoho Invoice digunakan khas untuk menghantar invois, menerima pembayaran online, dan melihat semua jenis invois yang terlibat dalam bentuk lebih yang lengkap dan tersusun dari segi nama invois, nama pelanggan, tarikh, dan jumlah.

Zoho Live Desk digunakan sebagai satu aplikasi chat sesama kakitangan, pengurus, dan lain-lain lagi di dalam satu syarikat yang sama. Di mana syarikat tersebut perlulah mempunyai akaun Zoho begitu juga kakitangan mereka yang lain. Zoho Marketplace merupakan satu aplikasi penyelesaian masalah bagi usahawan, di dalam aplikasi ini pengguna boleh mengemukakan soalan dan soalan tersebut akan dijawab oleh orang professional dalam bidang perniagaan. Selain pengguna boleh menambah ilmu berkenaan perniagaan disini. Zoho Recruit pula merupakan suatu aplikasi yang memudahkan syarikat untuk merekod pekerja mereka secara online, selain menjadi satu tempat untuk mencari pekerja baru, di mana bakal pekerja akan mengisi borang tawaran bekerja dan info mereka akan dimasukkan di dalam aplikasi syarikat tersebut. Zoho Sites dibangunkan khusus untuk membuat website, dengan menggunakan aplikasi ini mencipta website menjadi suatu yang mudah. Zoho Vault merupakan satu aplikasi untuk menyimpan data-data penting terutamanya ialah kata laluan (password). Dengan aplikasi ini pengguna tidak perlu risau kehilangan password mereka dan mampu untuk masuk ke dalam web tersebut tanpa perlu memasukkan kata laluan mereka lagi. Untuk memastikan aplikasi ini selamat daripada penggodam pengguna memerlukan kata laluan yang selamat dengan bantuan aplikasi ini.

2.2 Collaboration Applications

Terdapat lapan jenis aplikasi dibawah collaboration applications iaitu Chat, Docs, Discussion, Mail, Meeting, Projects, Pulse, dan Wiki. Chat digunakan untuk rangkaian sosial chat yang bersambung dengan rangkaian sosial lain seperti google, yahoo, facebook, myspace dan lain-lain. Manakala, docs merupakan satu aplikasi yang memiliki ciri-ciri yang sama seperti Microsoft word tetapi berbentuk secara online. Aplikasi ini membolehkan pengguna memuat naik atau memuat turun sesuatu bahan seperti gambar, fail, mahu pun video dan menyimpannya di dalam aplikasi ini. Aplikasi seterusnya disscussion merupakan satu aplikasi di mana pengguna boleh membuat perbincangan sesama kakitangan, pengurus dan pelanggan secara lebih formal berbanding aplikasi Chat, khususnya berkenaan suatu yang melibatkan tugas mereka. Selain daripada itu, mails  pula fungsinya adalah sama seperti mail yang lain seperti google mail dan yahoo mail, tapi aplikasi mail di sini bersambung atau berkait dengan link di dalam aplikasi yang ada di WebTop Zoho ini. Application Meeting ini digunakan khusus untuk mencatat info-info penting berkenaan mesyuarat yang akan dibuat seperti tajuk mesyuarat, masa dan tempat mesyuarat akan dibuat, dan sebagainya. Seandainya pengguna ingin membuat mesyuarat secara online, aplikasi ini akan bersambung terus dengan aplikasi Zoho Assist. Application Project digunakan untuk mencatat segala jenis projek yang akan dijalankan sama seperti aplikasi Bug Tracker, namun di dalam aplikasi ini, pengguna dibenarkan untuk membuat perbincangan melalui chat berkenaan projek tersebut. Aplikasi pulse pula merupakan rangkaian sosial sama seperti facebook dan myspace. Namun begitu,  aplikasi ini hanyalah khas untuk pengguna Webtop ini sahaja.

2.3 Productivity Applications

Di bawah productivity application terdapat lima aplikasi lain iaitu calender, notebook, application sheet dan show. Aplikasi calender boleh digunakan untuk membuat nota untuk tujuan ingatan seperti mencatat tarikh-tarikh penting. Manakala, notebook  pula digunakan sama seperti buku nota tetapi berbentuk aplikasi online. Seterusnya aplikasi yang tidak kurang hebat dalam zoho ialah Application Sheet dan Show. Aplikasi ini merupakan satu aplikasi yang membenarkan pengguna terus memasuki aplikasi Docs.

3.0 Langkah Menggunakan Aplikasi

            3.1 Daftar Akaun Zoho

Langkah pertama, anda perlu masuk laman rasmi Zoho di laman www.zoho.com dan klik sign in. Apabila anda sign up, anda perlu mengisi maklumat akaun (account information) seperti alamat email, username, dan password. Langkah kedua, selepas mendaftar akaun Zoho, pengesahan akaun akan dihantar melalui e-mel anda. Oleh itu, anda perlu mengaktifkan akaun anda dengan klik link yang diberi seterusnya mengesahkan password anda. Langkah tiga, setelah selesai pengesahan akaun dan password, anda perlu daftar masuk (sign in) di laman https://accounts.zoho.com/ dengan menggunakan ‘username’ dan ‘password’ yang telah didaftarkan. Langkah keempat klik pada ‘profile’ dan anda perlu mengedit profil anda. Jika anda ingin menggunakan aplikasi zoho yang lain, anda perlu ke ‘home’ seterusnya pilih aplikasi yang anda inginkan di perkhidmatan zoho.

            3.2 Zoho Calender

Langkah pertama, anda perlu masuk laman  www.zoho.com / calendar dan log in akaun Zoho. Setelah anda log in, klik ‘calendar’ untuk memasuki aplikasi tersebut. Setelah log in, akaun Zoho anda akan memaparkan Zoho Calendar. Langkah kedua, untuk membuat jadual atau menambah jadual agenda, double klik pada kotak yang ingin diisi   dengan melihat jam, hari dan tarikh. Masukkan tajuk agenda yang ingin dilakukan seterusnya klik ‘create’. Tajuk agenda anda akan dipaparkan pada Zoho Kalendar anda. Langkah ketiga, klik pada ‘agenda’ untuk mengetahui jadual atau event terdekat yang akan dijalankan.

3.3 Zoho Dokumen

Langkah pertama  sign in akaun Zoho dokumen di laman https://www.zoho.com/docs/Langkah kedua, klik dan pilih elemen di ‘favorite’ yang ingin di upload contohnya presentation, picture, music, video dan dokumen. Langkah  ketiga, apabila anda klik pada salah satu elemen ‘favorite’, anda perlu klik ‘upload’ untuk mengambil dokumen anda di dalam komputer. Langkah keempat, setelah selesai dokumen anda di upload, anda perlu klik pada file tersebut dan klik ‘share’. Seterusnya, anda perlu menulis alamat email yang akan di share dan klik ‘share’.

3.4 Zoho Meeting

Langkah pertama, layari  laman web www.zoho.com / meeting seterusnya pilih Sign In untuk log in ke Zoho Meeting apabila telah mempunyai akan Zoho. Setelah log in, pilih ‘create meeting’ untuk membuat jadual meeting baru. Langkah kedua, isi keterangan topik meeting, agenda yang akan dibincangkan, alamat email tujuan dan waktu meeting akan berlangsung. Selepas semua maklumat diisi, klik ‘create’. Langkah ketiga, apabila anda ‘create’ jadual meeting, kita boleh menambah email peserta meeting yang lain dengan klik ‘invite more’.  Selepas memulakan meeting klik ‘start’. Seterusnya agenda meeting akan dijalankan secara automatik.

3.5 Zoho writer

Langkah pertama, sign in akaun Zoho dan klik pada writer. Setelah aplikasi Zoho Docs dipaparkan, pengguna perlu klik pada ‘create’ dan pilih dokumen seterusnya ia memaparkan Zoho Writer. Langkah kedua, pengguna boleh membuat penulisan dengan Aplikasi Zoho Writer di mana aplikasi ini sama seperti Microsoft word. Pengguna juga boleh mengakses, menyunting dan membuat dokumen melalui email sahaja. Pengguna juga boleh mengimport file daripada komputer dengan cara klik file dan pilih import file. Pilih file yang pengguna ingin masukkan dalam Zoho Writer dan seterusnya klik import. Secara automatik, file yang diimport berada dalam dokumen Zoho Writer. Langkah  ketiga, setelah selesai penulisan anda perlu rename dokumen anda dengan klik pada untitled documents. Jika anda ingin eksport penulisan, pengguna perlu klik pada file dan pilik ‘export as’. Pengguna boleh mengeksport dokumen kepada Word, Rich Text Format (RTF), OpenDocument Text Document(ODT), JPG, PNG, HTML, ataupun TXT. Langkah keempat, pengguna boleh memberi hak akses kepada pengguna lain dengan share dokumen tersebut dengan cara klik pada share dan masukkan email pengguna lain.
  
3.6 Zoho Chat

Langkah pertama, sign in akaun Zoho dan pilih perkhidmatan chat Zoho. Bagi memulakan aplikasi Zoho Chat, pengguna perlu ‘add’ pengguna lain untuk berkomunikasi dengan cara klik pada gambar ‘add IM contact’ dan masukkan email Id pengguna lain. Langkah kedua, untuk memuakan perbualan, pengguna perlu klik ‘chat’ pada gambar pengguna lain. Dengan menggunakan Zoho Chat, pengguna juga boleh melakukan group berbual di mana ia dapat digunakan sebagai tempat perbincangan dengan rakan sekerja yang bersifat berkumpulan. Langkah ketiga, pengguna juga dapat menggunakan pelbagai pilihan Chat selain daripada akaun Zoho seperti Facebook, Gtalk dan Yohoo Messenger dengan menggunakan Zoho Chat. Caranya ialah dengan klik pada button pilihan Chat yang telah disediakan dan pengguna perlu Sign In akaun tersebut untuk membuat perbincangan. Oleh itu, kita dapat membuat perbualan dengan orang-orang yang tidak mempunyai akaun Zoho Chat.

3.7 Zoho show

Langkah pertama, sign in akaun Zoho di laman https://accounts.zoho.com/ dengan menggunakan alamat email dan password. Klik pada Zoho Service dan klik show. Apabila akaun Zoho memaparkan Zoho Docs, pengguna perlu klik pada ‘create’ dan pilih presentation. Langkah kedua, Zoho Presentation akan memaparkan ‘create New Presentation’ seterusnya namakan tajuk presentation. Kemudian, pilih jenis-jenis skrin atau background presentation dan klik ‘ok’. Setelah itu, pengguna boleh mengisi maklumat dan mengedit slide show di mana Zoho Show mempunyai banyak ciri-ciri yang menyokong persembahan seperti animasi, muzik, suara, pembuatan slide master dan sebagainya. Langkah ketiga, pengguna juga boleh berkongsi hasil presentation dengan klik ‘share’ dan masukkan email pengguna lain secara automatik, pengguna lain dapat mengakses presentation tersebut.

4.0  Cara Membantu Organisasi dengan Menggunakan Aplikasi
Organisasi adalah sekelompok orang  iaitu dua  atau lebih yang secara formal dipersatukan dalam satu kerjasama untuk mencapai tujuan yang telah ditetapkan. Alatan internet  Zoho mempunyai banyak fungsi yang secara tidak langsung  dapat membantu organisasi. Dalam penggunaan  internet zoho ini terdapat pelbagai aplikasi yang boleh diaplikasikan.

4.1  Membantu dalam network marketing

Zoho pulse merupakan satu aplikasi yang mempunyai fungsi yang lebih kurang sama dengan laman sosial facebook. Maka zoho pulse ini boleh digunakan untuk membuka  kumpulan, chat, post tulisan, gambar, profil diri dan sebagainya. Dalam sesebuah organisasi dengan menggunakan aplikasi zoho pulse ini secara tidak langsung butiran peribadi pekerja dapat diakses dengan mudah oleh  majikan atau pihak pengurusan organisasi, misalnya majikan boleh melihat butiran seperti tempat kediaman, status, jawatan dan sebagainya. Di samping itu juga dengan menggunakan aplikasi ini juga secara tidak langsung  para pekerja dapat bertukar-tukar pendapat berkaitan dengan sistem organisasi terutama sekali berkaitan dengan tugasan seharian mereka.

4.2 Membantu dalam urusan sumber manusia

Aplikasi seterusnya yang terkenal dalam bidang internet zoho ialah Zoho CRM. Zoho CRM mempunyai fungsi membuat account dan menyimpan contact orang lain bagi account sendiri. Aplikasi ini secara tidak langsung dapat membantu dalam pengurusan organisasi, misalnya dengan Zoho CRM setiap pekerja dapat mengetahui butiran pekerja lain, misalnya email, no telefon dan sebagainya. Butiran ini secara tidak langsung boleh membantu organisasi seandainya berlaku perkara yang tidak diingini. Contohnya, jika berlaku kemalangan di tempat kerja, maka pihak majikan akan lebih mudah untuk menghubungi keluarga pekerja yang berdekatan. Email yang tertera dalam aplikasi Zoho CRM boleh digunakan untuk urusan pentadbiran, misalnya dalam pesanan untuk bekalan stok yang diperlukan dan sebagainya.

4.3) Memudahkan urusan mesyuarat

Aplikasi zoho meeting  secara tidak langsung dapat membantu organisasi dalam mengelola sesuatu mesyuarat yang telah dirancang oleh semua kakitangan dalam sesebuah organisasi. Mesyuarat tersebut dapat diketahui dan diakses dengan mudah oleh semua para kakitangan organisasi . Melalui penggunaan aplikasi ini, para kakitangan secara tidak langsung dapat mengetahui dengan lebih terperinci berkaitan dengan perjalanan mesyuarat yang telah dirancang, misalnya mereka dapat mengetahui tentang agenda mesyuarat, masa mesyuarat, tempat mesyuarat akan dijalankan serta pengelola mesyuarat tersebut. Hal ini secara automatik dapat membantu organisasi supaya lebih efisien. Semua kakitangan juga secara tidak langsung dapat mengutarakan pandangan mereka dan segala masalah yang berbangkit dapat diselesaikan dengan lebih cepat dan berkesan kerana agenda mesyuarat dapat diketahui dengan lebih awal dengan menggunakan  aplikasi zoho meeting.

4.4) Membantu perjalanan perniagaan

Zoho business merupakan salah satu aplikasi zoho yang terkenal. Zoho business boleh digunakan dalam sesebuah organisasi yang menjalankan urusan perniagaan. Aplikasi ini dapat membantu sesebuah organisasi perniagaan berjalan dengan lebih sistematik. Zoho business ini dapat membantu organisasi perniagaan mengemas kini produk-produk terbaru perniagaan dan projek-projek terbaru. Para pelanggan juga dapat membuat tempahan dengan menggunakan aplikasi zoho business. Tambahan pula, dengan cara ini organisasi perniagaan dapat merancakkan lagi promosi perniagaan.

5.0 Penutup

Kesimpulannya, dalam dunia era dan globalisasi ini aplikasi zoho mampu melancarkan sistem pengurusan sesebuah organisasi. Sistem pengurusan sesebuah organisasi juga akan menjadi lebih sistematik.

            Data-data juga akan dapat disimpan dengan lebih kemas dan teratur. Selain itu, melalui aplikasi internet zoho ini secara tidak akan memudahkan urusan dengan pihak luar terutama urusan penting. Keberkesanan aplikasi zoho ini dapat diuji dengan menggunakan aplikasi ini secara berterusan. Tambahan pula, dunia kini merupakan dunia teknologi maklumat yang mana banyak perkara yang dapat dicapai dengan alam maya sahaja.

            Selain itu, aplikasi ini juga merupakan salah satu aplikasi yang mampu berkembang sejajar dengan aplikasi internet yang lain. Dalam hal ini, semua lapisan masyarakat memainkan peranan yang penting dalam membangunkan perisian ini secara meluas sehingga ke peringkat antarabangsa. Di samping itu, Malaysia sebagai sebuah negara yang sedang membangun perlu lah merencanakan aplikasi yang lebih bervariasi dan mempunyai pelbagai fungsi yang menarik supaya dapat membuka paradigma negara luar bahawa Malaysia mampu duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara lain.

            Aplikasi zoho ini juga sememangnya mempunyai banyak faedah yang tersendiri. Manfaatnya perlulah diteroka oleh setiap individu supaya dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Lantaran daripada itu mampu menjadikan individu lebih maju dan proaktif dalam bidang teknologi maklumat. Tambahan pula, dapat melahirkan insan berminda kelas pertama.


USAHA GIGIH BERSAMA RAKAN PERSEJUANGAN DI UPSI:

1.  MOHAMAD HANAFI BIN HUSIN
2.  NOR INTAN LIANA BINTI TAHAR
3.  WAN AMEERA FARHAH BINTI WAN AZAHARI












READMORE
 

CARA MEMBUAT BORANG TEMPAHAN ONLINE

Cara Membuat Borang Tempahan Online


Dunia perniagaan online berkembang pesat, Peniaga yang mempunyai satu laman web atau blog perniagaan adalah perlu bagi peniaga memperkenalkan jualan masing-masing. 

Borang tempahan adalah suatu kemestian bagi sesuatu blog atau web perniagaan bagi membolehkan pelanggan memesan sesuatu barangan. 

Untuk tutorials blog kali ini saya akan tunjukkan cara membuat borang tempahan yang membolehkan pelanggan memesan barangan dari laman blog perniagaan anda.

Terdapat banyak laman web yang menyediakan borang tempahan secara online. Salah satunya adalah laman web response-o-matic.com.

Langkah-langkah


1. Masuk ke web response-o-matic.com

2. Klik pada get started

3. Isikan form signup yang muncul, isikan ruangan nama, email dan password dan klik sign up, paparan untuk sign in akan muncul jika anda telah berjaya mencipta akaun dengan response o matic.

4. Buka email anda untuk pengesahan pendaftaran, masukkan email dan password tadiuntuk login.

5. Selepas pengesahan email anda akan dibawa kepaparan bagi mencipta form. Terdapat ruangan nama dan email ( boleh dipinda dengan mengklik pada edit ), klik pada add question untuk menambah butiran yang diperlukan pada form, bila dah siap klik pada continue.


6. Kemudian muncul option untuk form yang akan anda buat. Yang bertanda upgrade adalah option yang perlu anda bayar jika hendak menggunakannya. 

7. Pada bahagian ini masukkan butiran pada email & sms notifications supaya bila ada tempahan anda akan menerima email, kemudian klik continue.


8. Paparan code html akan muncul, salin kesemua kod ini.
                        

9. Masuk kan nama pages sebagai borang tempahan dan pastekan code yang disalin tadi pada ruangan posting.Kemudian klik pada publish.


Tentunya bagi laman web atau blog perniagaan anda perlu membuat pages(halaman) seperti senarai produk,borang tempahan,hubungi saya dsb.Anda perlu buat langkah bermula pada langkah ke 9 untuk membuat halaman(page) yang berasingan.Pada pages terdapat tiga pilihan iaitu:
  • Top tabs ---- tab navigasi berada diatas
  • Side links ---- tab navigasi akan berada ditepi blog
  • Don’t show --- jika anda ingin membuat link dengan butang link tersendiri.Anda perlu buka page dan ambil link yang terpapar pada ruangan search dibrowser.



READMORE
 

THE TOP 5 ONLINE BUSINESS IDEAS FOR 2013

The Top 5 Online Business Ideas For 2013

There has never been a better time in history to start an online business. Nowadays, there are tools available for building websites without the need for technical knowledge. There are cost effective methods of advertising that can give you a great return on investment without a huge upfront cost.
Best of all, even if you don’t have your own product, you can still build an online business that frees you from your job. In this article, I’ll explain 5 of the top online business models for 2013 that anyone can start and profit from quickly with some effort.

1. Blogging


Starting a blog is now easier than ever. By leveraging the power of free blogging sites like WordPress and Blogger.com you can begin publishing posts on a topic that you enjoy and gather an audience relatively quickly. The key to successful blogging consists of two things; quality content and consistency. Before you start a blog, pick a topic that you actually enjoy writing about.
It will be difficult to write quality content about something that you do not enjoy. If your content is poor quality, your blog will fail to attract readers. Also, if you enjoy the topic you are writing about, posting every single day will be much easier.

source: businessgrow.com

2. Affiliate Marketing


Affiliate marketing involves promoting products from other companies on the web for a fixed percentage of the sale. For example, popular products like diet pills often turn to affiliate marketers to get their product promoted. They pay affiliates around $25-$35 per sale. They can afford to do this because they make the money back by continuously selling more products to the customer.
Affiliate marketing is a great business because it requires zero start up cost. You can literally pick a product to start promoting tomorrow and make your first affiliate commission within a few days.

3. Google Adsense


Google AdSense is a program that allows website owners to make money from their site by placing ads in their content. The great thing about Google AdSense is that they handle all of the ads and payments. Your only job as an AdSense publisher is to create quality content that gets traffic.
The more quality traffic you get to your site, the more money you will make. In fact, some AdSense publishers make up to $500 per day. Best of all, once you reach a certain daily income level, as long as your website keeps getting traffic you keep getting paid.

4. Freelancing


Freelancing is a fantastic way for people with skills in service based industries to make money anywhere around the world. The most common freelance jobs are content writers, programmers, and graphic designers. If you have any of these 3 skills, you can start your own freelancing business by providing these services to other businesses online.
The easiest way to get started is by leveraging freelance websites like you ELance.com and Odesk.com. Once you build up a reputation, you can begin attracting clients on your own and charge higher rates.
source: technorati.com

5. Information Marketing


My favorite business model of all is information marketing. The reason is, there is a big demand for quality information on a variety of different topics. You can use sites like Amazon.com and CDBaby.com to instantly publish & profit from your e-books and audio courses online.
With these tools, anyone can become a publisher of high quality information products. To get started with this business model, you need to pick a niche market, figure out what they want, and simply give it to them.

How To Get Started

Starting an online business does not have to be complicated. As long as you follow one of these 5 business models you can have your own online business that gives you the income you deserve and the freedom to live anywhere you want. The only thing required to get started is action.

Author Bio

Steve Goldberg is a blogger and copywriter who like to write about topics like creating engaging videos, internet marketing, and self growth.









READMORE